Assalamualaikum... ( senyum simpul )
Malam ni...sambil layan facebook, tengok keek orang, sambil makan kacang pistacious (betul ke ejaan tu? ) aku tersenyum sendiri. Bukan gila tapi rasa mahu tersenyum kerana tadi telah berjaya menukar profile picture di facebook. ( Eleh orang lain tukar gambo tiap hari tak kecoh pon ..hahaha)
Bukan sebab itu puncanya aku rasa sangat tededut bila ramai yang cakap aku makin chubby. Errrrr.....betulla tu sebab setelah dikira dengan jari tangan campur dengan jari kaki skali dah nak masuk lapan belas orang cakap maca tu. Sebelum cukup 40 orang cakap macam tu baik aku undur diri. ( tetibe rase nak letak gambar 5 tahun lepas masa kurus ) Tak lawak ok. Zzzzzzzzzzzzzzzzz
Mak aku suruh diet kerana bimbang melihat ukur lilit pinggang anaknya. haha Si dia mulanya tidak kisah tetapi akhirnya menyatakan sila hilangkan sedikit berat badan ( ayat aku olah sedikit ) Ok....Anak saudara dan orang-orang di sekeliling pun berasa hairan mengapakah perkembangan badan semakin menjadi-jadi. Lama kelamaan aku pun mengambil inisiatif dengan...
dengan
dengan
membuat air minuman wajib untuk diminum setiap malam iaitu air halia yang super sedap. Ini sedikit maklumat mengenai halia ye kawan kawan ...
Jus halia sangat
berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan.
Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan
kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci
sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga
mendidih.Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan
daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.
Sumber: Majalah Mingguan Wanita
Ni baru dua minggu cuba minum air halia. Tengokla nanti berkesan ke tak berkesan haha kalau berkesan alhamdulillah kalau tak sila cuba cara lain ok bye.
Lepas tu nak share aktiviti aku sepanjang bulan ini. Kebanyakan hari aku ni duduk dekat bandar Sri Damansara iaitu rumah kakak. Dekat ke dengan rumah korang kalau nak jumpa telefon la dulu. Eh. Ni gambar sedang bermain bersama anak saudara dan kura-kura bernama Ipad. ( nama nak moden )
Duduk di depan pintu dengan Danny
Merenung masa depan. Bolehkah kurus hanya dengan minum air halia? ( aku berkata di dalam hati )
Mengintai dari tirai kamar. ( kalau posing macam ni masa wedding agak-agak comel tak kak ton? ) Jangan lempang beliau. zzzzzzzzzz
Agak-agak la kolam tu kecik muat ke nak masuk sama main kura-kura tu? Eh baju fishtail. Tapi hanya berani memakainya dalam kawasan halaman rumah sahaja. Tetiba sangat. Sebab...takut -takut diketawakan orang kerana baju mempunyai ekor ikan. ( kamu kena pergi motivasi meningkatkan keyakinan diri...PERGI!! )
Pakai camtu semata-mata untuk photoshot sahaja harap maklum. Mungkin tiba masanya saya akan ubah fikiran. : P
Bak sini anak kura-kura tu.
Tunjuk sana sini
Cuba masuk ke dalam kolam
Ha..........dapat tangkap Ipad
Puas hati eden.....
***************************************************************************
Kembali ke zaman dulu kala ....jeng jeng jeng

Ni gambar tahun 2010 - umur manis 24 hak hak tak la chubby sangat ye dak? ha? marah pulak. Masa ni Aiman kt sebelah pon tak chubby lagi.......yuhu!!

Ni gambar tahun 2009 - manis 24 - bukan kurus tapi tegap. TEGAP ok!!!! Tetiba menjerit nape?
Ni tahun 2008 - manis 22 haha kurus dan hitam :-)...sape posing paling over itu? Mana tak kurus kawad tiap minggu ok bye. Ni masa nak pergi mesyuarat ( lah konon)
Ni tahun 2009 - manis bape tadi? 24...... dengan malisa cek mek molek Terengganu mari.

Ni pon boleh kira masa kurus jugak masa ni umur 23. Oklah.
Mari kembali kepada masa kini.
Masa kini adalah tahun 2013 dan umur sudah matang.
Masa tidak menunggu kita...Jadi itu jagnganlah leka...Jangan menderhaka...
Pada orang tua...amalan hidup kita... (nyanyi dengan semangat baru )
P/s: Esok saya akan pulang ke Teluk Intan selama lebih kurang seminggu. Bye....doakan saya selamat sampai. Terima kasih kerana membaca entry ini. :-)