Semester pertama Julai 2006
Ini cerita masa aku mula2 masuk UiTM dulu....time degree....semester pertama aku jadi pelatih kesatria untuk memenuhi keperluan kokurikulum (ayat skema). Kene la belajar kawad. Benda yang agak aku x bape nak suke. Lagipon mase sekolah aku masuk Persatuan Puteri Islam je..ala aktivitinye xdelah heavy sangat...takat cabut-cabut rumput kat kawasan sekolah..ehhh. Ade la kene kawad itu pon time sukan sekolah kot. Itupon kawad lintang-pukang jalan cam nak catwalk saja lagaknya dan x de rupe org berkawad pon mase tu. Aku pon hairan kenape time tu jadi mcmtu. Malu memang malu. Tapi nak wat cam mane kan aku sayangkan Persatuan Puteri Islam sebab kain pink yang cute. Lantak la kawadnye x bape nak cantik kan.
Berbalik cerita mase aku mule2 kat u tu...komander yang ajar kawad tu garang-garang macam singa tidak kira lelaki mahupun wanita. Mungkin jika singa tengok komander tu ia pon lari. Aku x suke orang cakap kasar-kasar dengan aku. Korang suke ke?? hehehe...mestila x kan. Tapi tu la first impression negatif aku terhadap komander pada waktu itu. Menci!! Cam bagus kau ekk!! Poyos!!
Walaubagaimanapon aku terpilih untuk wakil fakulti tu pertandingan kawad dan mendapat no-3. Ok la tu labu...dan aku mula minat berkawad sebab da reti cikit2...
Komander: Siapa berminat untuk jadi komander pada semester depan sila beri nama. Anda akan dihantar untuk latihan selama 2 minggu di UiTM Lendu, Melaka. Latihan berat jika tidak mampu dan ada penyakit sila jangan tulis nama anda.
Aku: Terus keluar baris dan menulis nama ku. What??!!!!!! (why?)
Sebab aku suke kawad, aku suke pakai uniform, aku nak dok kolej free so x payah minta duit mak n ayah mase tu tuk bayar sewa umah....sob3!!!
Masuk semester ke-2

Mase tu aku cam nak pitam pon ado.....berdiri tegak menahan nafas umpama askar wataniah lagaknya.Agak-agak sejam ada berdiri tegak tanpa mengelipkan mata.ok tipu. mata aku xkan la x berkelip kot sejam tu. Mase tu aku berangan aku adalah perwira negara. ngeh3!!

Tapi kerjasama memudahkan kerja ok..

Kenangan terindah...walaupun banyak pahit manis ku lalui ketika itu. Aku berrsyukur kerana ia banyak mengajarku erti hidup yang tidak selalu indah, dan tidak pula selalu derita.
kerana hidup ini umpama roda...:-)
Sekian...
kerana hidup ini umpama roda...:-)
Sekian...
komander tidak ku lupa smpai bila2:)
ReplyDelete