Sunday, March 20, 2011

Erti sebuah NAMA



Assalamualaikum....

Hari ini Faridah mahu bercakap pasal nama. Tiba-tiba Faridah nak cakap nama sebab apa ya? (apa pasal sebut nama diri sendiri? sebab saya suka la...hehe)

Beberapa hari lepas Faridah pergi ke kedai fotostat untuk memfotostat sesuatu. (rahsia la konon.....)

Taklah x jadi rahsia. Faridah pergi fotostat soalan kaji selidik sebanyak 313 set "sahaja" untuk diedarkan kepada org2 yg sepatutnya...ok

Ketika sedang membelek2 kertas2 tersebut pekerja di situ menyebut nama Faridah sambil membaca bil sambil membuat muke pelik seperti nampak hantu kak limah balik ke rumah.

Aku pon bertanya dengan nada tinggi sama erti dgn marah.

Aku: Kenapa ??
Orang itu: xde ape...(muke takut2)
Aku: Kenapa gelak?(nada tinggi)
Orang itu: Nama macam 'MAK-MAK;
Aku: mak2? ade aku kesah? (ni ayat dalam hati)


Pastu aku balik. Oh fikir2 memang la nama aku agak retro kedengarannya. yela namaku Faridah binti Mohd Arshad. Nama mcm mak2.

Tapi aku suka sebab maksud nama itu baik. Terima kasih mak sebab bagi nama yang ada makna. Bila org panggil kita dgn nama kita, secara x langsung mereka mendoakan kita bukan.

Oh ya nama Faridah (nama macam mak-mak) bermaksud:

Faridah: Unique, matchless, precious pearl or gem(yang tunggal, istimewa)

yes aku suka2...

Aku x kesah la nama mcm mak2 ke janji bukan mcm bapak2.heheheehehe........


"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."
(Riwayat Abu Daud)

```````````````````````````````````````````````````````

Faridah pernah tanya mak kenapa bagi nama Faridah?(seb baik x kene pelempangzz)

Mak jawab sebab ianya mudah dan simple(sambil senyum bangga) pastu tanya kenapa kamu tanya?

Faridah pon jawab xde ape2.......kenapa mak x bagi nama sedap sikit. Tambah jadi Puteri Faridah Batrisya Aleesya ke.......

Pastu mak aku kata....Nasi baik mak bagi nama Faridah...bukan Markonah.


heheheehe

Terus aku ucap alhamdulillah......


END





2 comments:

Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)