Apa khabar? Semoga baik-baik hendaknya.
Ini adalah entri pertama saya sempena bulan Jun. :-) Lame menghilang bukan apa...ada tugas yang perlu diselesaikan.
Haritu, saya telah menjadi pengapit kepada kawan saya.
Maka tercetus lah idea hamba nak bagi tips untuk bakal -bakal pengapit di luar sana atau kalau kamu mahu pilih pengapit, die mungkin perlu tahu apa yg perlu dilakukan. haha...bukan apa...sy sudah 2 kali jadi pengapit..satu utk kakak n yg ke dua untuk kawan...harap2 tips ni berguna okey.
1. Jangan melebihi pengantin
Contohnya, dari segi pakaian, make-up, cara kamu posing, dan segalanya tentang kamu. Yolah kalo kamu yg over2 nanti x pasal2 kamu 'cantas' pengantin. Sian lah pengantin. Biarlah berpada-pada. Jangan juga sengih2 melampau kerana bukan kamu yg kawen. Senyum ala kadar dan ikhlas.
2. Harus pandai kawal keadaan
Sebagai pengapit, memang pengantin itu mengharapkan kamu. Contohnye...nak berjalan ke mana, berhenti di mana, salam di mana, kerana kamu akan guide die. So, sebelum pengantin lelaki tiba, pengapit juga harus menjadi 'runner" untuk mengetahui bilakah pengantin patut keluar. Pengapit juga harus cool, dan sentiasa menenangkan pengantin bukan menakut-nakutkan pengantin. Kalo pengapit kelam-kabut, maka pengantin akan 18 kali kelam kabut...
3. Harus sedia menjadi waiter atau waitress.
Yer.....kene. In case kalau time tu xde org nak tolong sendukkan makanan utk raja sehari itu. Kamu kene la tolong sendukkan nasi dan lauk, dan juga tuangkan air minuman. Tolong juga ambilkan lauk yang susah diambil terutamanya ayam golek (makanan wajib ada biasanye). Time makan biasanya pengantin x lalu makan, mungkin nerves kot (eh mane tau?) Jadi, mereka akan berpura-pura makan supaya gambar yg diambil oleh photographer menjadi dan ' mempunyai jiwa'. So, pengapit kene memainkan peranan penting. Jangan pengapit syok sendiri makan dan menghabiskan ayam golek itu seorang diri. Wajib dipecat ketika itu juga layaknya.
4. Sentiasa memegang tisu atau 'powder puff'
Ini adalah amat penting di saat kecemasan. Terutama sekali jika pengantin berpeluh melampau. Ini tugas pengapit utk memastikan muka pengantin tidak berminyak dan berpeluh berlebihan. Tapi....korang jgn asyik tonyoh muke pengantin tu memanjang dengan tisu. X pasal-pasal make-up beliau hilang dan gambar2 kawen mereka x cantik kerana asyik ade gambar pengapit menonyoh tisu ke muke mereka. X ke rugi. Agak2 la kan.
5. Harus mengipas sambil memayung pengantin
Ha.....ade berani?? Kamu harus mengipas sambil memayungi pengantin. Agak2 leh stabilkan badan x?? Apatah lagi di khalayak ramai. Tips....kipas jgn terlampau laju atau perlahan...agak2 la....berhenti ketika perlu kerana ada masa dan ketika xperlu kipas. Contoh ketika berjalan melalui kawasan sempit dan sebagainya. Lagi satu, jgn pula kamu mengipas dan memayungi diri sendiri pula. Apakah?
ermm...setakat ni tu aje tips2 utk menjadi pengapit. Tugas yang dianggap picisan tetapi amat penting dan bermakna bagi pengantin itu sepanjang hayatnya.....bile die tgok gambar kawen die...gambar kamu pon hado...so buat yg terbaik jika kamu menjadi org kepercayaan sebagai pengapit. Lakukan dgn ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
4.6.2011..aku jadi pengapit utk kwn..:-) Tahniah my friend...harap-harap aku x rusakkan gambar wedding kamu.hehehe
P/s: Kalau kamu mahu memilih pengapit, biarlah org yang boleh dipercayai..ikhlas dan akan melakukan yang terbaikdi hari bersejarah kamu.
Okey...see u again dear...have a good day
BOOKING ko jadi pengapit aku nanti...:)
ReplyDeletehai, x tau lak ko de blog..aku jumpe pic ms skol dulu kt blog ko..i curik....jom g blog aku yg x semengah tu..
ReplyDeleteKalau pengantin tu pun bagi kain baju guna kain lapik meja and suruh plak kita org guna selipar ja jadi pengapit dia.hurmmmm. what should do??
ReplyDelete