Monday, December 19, 2011

Resepi Ikan Kerapu Sweet Sour ~~~~~

Assalamaualaikum

Kalau dah memang dasarnye suke makan.....aje memang suke memasak kan. Harini i nak masak ikan kerapu masak sweet sour sempena harijadi saya yang akan tiba bulan depan. Errr.........OVER!!


Sepanjang hidup ni memang xpenah ler masak gini. Selalu masak ikan goreng2 atau masak kari atau masak gulai atau masak tempoyak dll   ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.........dan rebus.


Idea ini datang bila i terjumpa ikan kerapu itu di dalam peti ais sedang baring. Dari mana datangnya ? Mungkinkah emakku memancing? Tidak mungkin...oh ya...jawapannye abg iparku yang membawanya kelmarin.


Dependekkan cerita..nih dia resepi  yang aku reka aku dapat dari buku resepi. Tq..:-)

Bahan-bahan:


1 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar)
¼ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
4 ulas bawang merah ditumbuk lumat
Garam secukup rasa
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
½ batang lobak merah dipotong kiub
½ batang timun dibuang biji & potong kiub
1 biji tomato dibuang biji & potong kiub
1 potong nenas dipotong kiub
½ cawan air





Cara:
Panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit
Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar.
Tambah air dan masukkan lobak merah, timun, nenas & tomato.
Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat.
Angkat dan tuangkan ke atas ikan.

Cadangan Hidangan:
Antara bahan-bahan lain yang boleh dicampur ialah kobis bunga, baby corn, lada benggala dsb.














Tata..........................selamat mencuba!! :-)  






No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)