Friday, April 26, 2013

Tededut (terkejut) saya/ kura-kura dalam kolam.


Assalamualaikum... ( senyum simpul )



Malam ni...sambil layan facebook, tengok keek orang, sambil makan kacang pistacious (betul ke ejaan tu? ) aku tersenyum sendiri. Bukan gila tapi rasa mahu tersenyum kerana tadi telah berjaya menukar profile picture di facebook. ( Eleh orang lain tukar gambo tiap hari tak kecoh pon ..hahaha)

Bukan sebab itu puncanya aku rasa sangat tededut bila ramai yang cakap aku makin chubby. Errrrr.....betulla tu sebab setelah dikira dengan jari tangan campur dengan jari kaki skali dah nak masuk lapan belas orang cakap maca tu. Sebelum cukup 40 orang cakap macam tu baik aku undur diri. ( tetibe rase nak letak gambar 5 tahun lepas masa kurus ) Tak lawak ok. Zzzzzzzzzzzzzzzzz

Mak aku suruh diet kerana bimbang melihat ukur lilit pinggang anaknya. haha Si dia mulanya tidak kisah tetapi akhirnya menyatakan sila hilangkan sedikit berat badan ( ayat aku olah sedikit ) Ok....Anak saudara dan orang-orang di sekeliling pun berasa hairan mengapakah perkembangan badan semakin menjadi-jadi. Lama kelamaan aku pun mengambil inisiatif dengan...



dengan




dengan




membuat air minuman wajib untuk diminum setiap malam iaitu air halia yang super sedap. Ini sedikit maklumat mengenai halia ye kawan kawan ...



Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita





Ni baru dua minggu cuba minum air halia. Tengokla nanti berkesan ke tak berkesan haha kalau berkesan alhamdulillah kalau tak sila cuba cara lain ok bye.



Lepas tu nak share aktiviti aku sepanjang bulan ini. Kebanyakan hari aku ni duduk dekat bandar Sri Damansara iaitu rumah kakak. Dekat ke dengan  rumah korang kalau nak jumpa telefon la dulu. Eh. Ni gambar sedang bermain bersama anak saudara dan kura-kura bernama Ipad. ( nama nak moden )






 Duduk di depan pintu dengan Danny








 Posing berlatih jadi model tudung sekejap. Nak jadi model betul orang tak nak ambik..kenalah jual tudung sendiri nanti mungkin mana lah tau ade bakat berniaga.






 Merenung masa depan. Bolehkah kurus hanya dengan minum air halia? ( aku berkata di dalam hati )


 Mengintai dari tirai kamar. ( kalau posing macam ni masa wedding agak-agak comel tak kak ton? )   Jangan lempang beliau. zzzzzzzzzz







 Agak-agak la kolam tu kecik muat ke nak masuk sama main kura-kura tu? Eh baju fishtail. Tapi hanya berani memakainya dalam kawasan halaman rumah sahaja. Tetiba sangat. Sebab...takut -takut diketawakan orang kerana baju mempunyai ekor ikan. ( kamu kena pergi motivasi meningkatkan keyakinan diri...PERGI!! ) 

Pakai camtu semata-mata untuk photoshot sahaja harap maklum. Mungkin tiba masanya saya akan ubah fikiran. : P






Bak sini anak kura-kura tu.









 Tunjuk sana sini







 Cuba masuk ke dalam kolam





 Ha..........dapat tangkap Ipad













Puas hati eden.....

***************************************************************************




Kembali ke zaman dulu kala ....jeng jeng jeng

 

Ni gambar tahun 2010 - umur manis 24 hak hak tak la chubby sangat ye dak? ha? marah pulak. Masa ni Aiman kt sebelah pon tak chubby lagi.......yuhu!!














Ni gambar tahun 2009 - manis 24 - bukan kurus tapi tegap. TEGAP ok!!!! Tetiba menjerit nape?












 Ni tahun 2008 - manis 22 haha kurus dan hitam :-)...sape posing paling over itu? Mana tak kurus kawad tiap minggu ok bye. Ni masa nak pergi mesyuarat ( lah konon)









Ni tahun 2009 - manis bape tadi? 24...... dengan malisa cek mek molek Terengganu mari. 









Ni pon boleh kira masa kurus jugak masa ni umur 23. Oklah.



Mari kembali kepada masa kini.




Masa kini adalah tahun 2013 dan umur sudah matang.



Masa tidak menunggu kita...Jadi itu jagnganlah leka...Jangan menderhaka...
Pada orang tua...amalan hidup kita... (nyanyi dengan semangat baru ) 





P/s: Esok saya akan pulang ke Teluk Intan selama lebih kurang seminggu. Bye....doakan saya selamat sampai. Terima kasih kerana membaca entry ini. :-)





Thursday, April 18, 2013

Wednesday, April 17, 2013

Apa Ada Dengan Delima


 


Assalamualaikum ...


Bercakap pasal delima..sejak dua menjak ni kita boleh dapatkan produk-produk daripada buah delima dengan mudah. Buah delima banyak khasiatnya kalau nak tahu lebih lanjut sila rujuk di sini :

http://anizyn.blogspot.com/2009/12/khasiat-delima.html



Aku salah seorang yang mencari dan mencari apakah makanan yang baik untuk kesihatan. ( haha ayat...) Setelah sekian lama aku berjumpa dengan produk ini.







Jus delima ni pekat dan mudah diminum. Kalau tak lalu nak minum terus campur dulu dengan air masak kemudian baca bismillah dan minum. Harganya berpatutan dan badan terasa cergas ketika mengamalkannya. Jus ni ade je jual kat kedai-kedai jamu ataupun kedai-kedai pak arab.

Kalau nak beli buah yang segar dalam RM 2.50 sebiji. Kalau nak senang beli terus je la jus dah siap dalam botol macam kat atas ni ha. Terus minum saja.






Hati tidak perlu risau lagi takut kemontelan melanda diri  kerana kini daku sudah ada jus delima yang boleh melancarkan pengaliran darah dan memecahkan lemak-lemak akibat hobi makan. Insyaallah...


Kamu juga boleh cuba. Belum cuba belum tau comel x kak dah? Zzzzzzzzzzzz pengsan.





Baiklah jumpa lagi sayang........( sila sambung nyanyi lagu Shae bertajuk SAYANG sambil buat gaya parodi budak goyang kepala kt youtube tu sape name ntah k la bye)


Sunday, March 31, 2013

Bulan April


Wink wink, Sudah bulan April rupanya. Hari ini 1.4.2013 hari Isnin iaitu Monday blues( bagi yang bekerja la manakala yang tak perlu ke pejabat selamat Monday Yippi...eh)




Di sini saya nak share warna pakaian yang sesuai dipakai mengikut hari yang mungkin sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif ke atas perasaan dan cara kerja kamu sehari-hari. Aura kamu juga akan semakin terserlah jika pakaian yang kamu pakai bersesuaian dengan hari. 


PANDUAN WARNA PAKAIAN HARIAN MENGIKUT FITRAH ALAM DAN PSIKOLOGI
Sumber : Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip




Jadi..di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tetiba. Tapi bagi yang bekerja memakai uniform macam mana nak pakai ikut warna ni?  Mmmmmm takpelah. Balik kerja pun boleh pakai baju tidur ikut warna cam kat jadual tu kan. Kalo tak pon pakai jela baju ape-ape yang ade asalkan menutup aurat. 



Baiklah izinkan saya mengundur diri.



Comey tak?

Tadi buat header blog yang baru. Harap-harap tak berubah dengan cepat seperti sebelum ini. Sebab diri sendiri bosan melihat header sebelum ini macam tidak menarik. Nah..ini header yang baru comey x KAK TON? eh. Tak kisahla kan asalkan comey macam kak ton( sambil kelip-kelip mata). Hehehe...


Lama dah tak cerita yang betul-betul cerita dalam belog ini. Hehe..mesti anda juga perasan kan asyik post video sahaja. (tau takpe...) Zzzzzzzzzzz....Wake up wake up!!! aku berkata di dalam hati. Eh ayat macam terpengaruh dengan ayat dalam novel padahal tak baca pon novel sekarang. Tengok cerita yang ala-ala novel adala contohnya Setia Hujung Nyawa. Tapi cerita Rindu Bertamu di Abu Dabi tu dari novel ke? Bukan kan tapi cam best jugak la. Comey Tasya Shila bertudung kalah kak ton. Err..Yang pasti aku saya akan tengok setiap hari maklumla nak tengok suasana di Abu Dabi...(^_^) . Alasan.



Tadi juga saya edit gambar bulan satu hari tu. Nah.







Edit ala-ala gambar lama comey x kak ton? hahahaha....sila jangan marah gurau je...(gurau kasar nampak)


Tiba-tiba rasa macam nak makan nasi dengan petai. Mmmm kate nak diet. Tak pelah malam ni je...hehe. K la jumpa lagi :-)











Wednesday, March 13, 2013

Autumn In My Heart (song-"reason")(korean tv drama)



Hari ini mari imbau kembali zaman kegemilangan cerita ini. Meh. kalo tak suka pun kene imbau jugak. kalo tak siap. Eh garang pula. Maaf. Sedih.




zzzzzzzzzzzzzz

Acha ft Irwansyah - my heart