Tuesday, February 15, 2011

Ikan siakap stim



Harini kami tinggal 3 orang kt umah. Aku, Neti and Emy. Ape cerita lagi muncullah idea2 luar dari kotak pemikiran biasa untuk masak tgh hari.

Aku pegi dapur tengok2 Emy da lepaskan ikan kat dalam sinki.
Ikan itu tersenyum ke arah aku...

Emy!!!!!!!!! Ni ikan ape??

Aku boleh pulak x kenal.

Tu ikan siakap...(kate emy)

Terus aku ckp kat Emy..

"Siakap, senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri"...adoyai....aku dan Emy ketawa.hihihihi...(ape kaitan??)

Seperti biasa, ikan diangkat untuk diambil gambar..cheese!!!!!!!!!!!!!!!!!!






Hari ini tugas Emy memasak ikan siakap ni. Proses 'siang' ikan bermula. Korang sebut ape ye? membersihkan ikan? hehe ape2 la ye.





Sementara itu, Neti ditugaskan untuk menyediakan bahan2 untuk ikan masak stim iaitu:

Bahan A
  1. Serai (dihiris)
  2. Tomato (dipotong dadu)
  3. Halia (dihiris)
  4. Limau kasturi (perah kat ikan)
  5. Bawang putih(tiada di dalam gambar)
  6. Bawang merah



Ikan dibaringkan di atas pinggan. Taburkan bahan A. Perah liamu kasturi. Nak jimat petik limau yang kat belakang rumah. Tabur garam dan ajinomoto ikut keselesaan masing2.




Tuangkan sedikit sos tiram( agak2 la ye jgn over sgt nanti sos cepat habis...ngeh3!!!)


Sediakan kuali berisi sedikit air..






TARAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Masukkan ikan yang sudah dihias tadi bersama-sama pinggan sekali ke dalam air yang mendidih tadi.
AMARAN KERAS!!(ini untuk sesiapa yang tidak mempunyai pengukus di rumah)
Kalau kat rumah ada pengukus, jangan tiru seperti aksi di atas kerana ia membahayakan kesihatan anda. Bahan kimia dari pinggan akan mengeluarkan kesan yang mungkin memudaratkan apabila suhu melebihi 100 darjah celcius. Sekian.)



Nama pon nak masak ikan siakap stim. Kenelah tutup. Emy mendapat idea seperti di atas. Kuali yang menutupi kuali akan menghasilkan haba menjadikan proses memasak ikan masak stim berjaya. Sila kagum. hehehehe




Sementara tugas yang diamanahkan kpd aku agak mudah. Dikehendaki memasak sayur kailan ikan masin sebagai teman ikan stim tadi.

Mule2 tumis bawang putih, merah dan ikan masin yang dipotong kecil.




Selepas itu, campakkan batang sayur dahulu, kemudian barulah daunnya..(basic concept masak sayur). Tuang sedikit sos tiram. Kacau rata.





Maka, inilah hasilnya "ikan siakap masak stim suka hati"

bersama



"Sayur kailan ikan masin rasa sayang"



Muke puas hati and sedih teringat kampung sambil tengok luar tingkap.




P/s: Lebih baik jika anda menggunakan pengukus yang sebenar demi menjaga keselamatan dan kesihatan diri anda.

Mulakan apa jua aktiviti terutamanya memasak dengan bacaan Bismillah.

Ok sekian. Wish me best of luck for presentation tomorrow. :-)

3 comments:

  1. waa ni 1st time tgk cara stim ikan yg sungguh unik.. nasib baik korang tak guna pinggan kaca hehehe :p

    ReplyDelete
  2. p/s: anda setting timezone blog ni ikut negara afrika ke?.. sy anta komen kat atas ni pada puku 10.40 pm, apsal ia tunjuk 6:40 am?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)