Sunday, March 27, 2011

Mane? mane tempat nak tulis tajuk?? hilang dengan tidak semena2. Jadi ada beberapa entri yang tajuknya tidak kelihatan. Sigh*


Sila faham saya budak baru belajar.. (budak ke saya pon x tahu)

Rasa nak tulis sesuatu. Tapi no idea. Jadilah begini ye. Ok tiba-tiba degupan jantung manjadi laju ibarat ternampak hantu kak limah berdiri senget di hadapanku. Kerana apa berdebar2?

Kerana rasa tetibe banyak assignment. Ha...tetibe. Masalahnye ia sudah lame ada tapi aku kurang memberi perhatian pada sesetengahnya. Due date semakin hampir. Mungkin anda akan berkata padan muke sebab x siapkan awal2. ehh.mungkin juga anda berkata..sabar2 step by step. hehehe

Tapi...memang. Serius takut. Mungkin jika dibandingkan darjah ketakutan ini dengan darjah ketakutan apabila melihat hantu kak limah di tingkap rumahnya, di saat ini aku rasa ketakutan melihat hantu kak limah itu hilang, disebabkan katakutan due date menghantar assignment semakin hampir. Mungkin, jika lecturer menyuruhku memilih antara 2 iaitu melihat hantu kak limah, beliau akan kata,"kamu boleh hantar lagi 2 minggu lagi" aku rasa aku sanggup..eh x.. (errrrrrrr tulis tanpa berfikir panjang, takut juga malam2 nanti akan dtg hantu kak limah menguji tahap keberanianku, apa nak buat? da la kene stay up)

Ok bye. Nak sambung buat kerja. Babai....(muke sedih dan takut dan pucat )

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)