Tuesday, September 06, 2011

6.8.11-6.9.11



Genap sebulan usia broadband...hehe. Alhamdulillah walaupun adakalanya ak diuji, ditimpa musibah tapi aku redha kerana aku tahu ada hikmah di sebaliknya.





Flashback :-(



Seminggu sebelum raya beg ku dicuri org. (sape aku pon x tahu yang pasti manusia bukan haiwan) yg di dalamnya ade IC, lesen, duit, handphone, losyen dan tiket bas balik kg untuk raya serta resepi ikan tongkol masak asam. Kiranya satu beg lah hilang. Pencuri yang mengambilnye tentulah beraya sakan ye. Teruskan. Pasal duit aku x kisah la boleh cari tapi aku paling kisah pasal dokumen2 penting seperti Ic. Kalau digunakan oleh org yg x bertanggungjawab sgtlah mengerikan. Aku berdoa supaya x terjadi perkara yg x elok slepas ini. Ini jugak satu pengajaran kepada diriku dan kawan2 supaya sentiasa berhati-hati dan sayangilah harta benda kamu dan jagailah ia seperti menjaga nyawa kamu sendiri.


Pasal handphone pula, aku tidaklah kisah juga ia hilang kerana ia bukanlah Blackberry tetapi handphone nokia lama tetapi aku agak ralat dan rindu kepada ia kerana kecomelannya, sudahlah ia bewarna pink, diambil org pula.Jahat sungguh kamu ya pencuri.

Baiklah tidak elok mengenang2 kisah duka yang dah berlalu. Kan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Tengok sekarang. Aku sudah ada Ic baru (gambar muke matured ckit dari Ic lama tapi tidaklah nampak tua). Tetapi aku juga rindu pada Ic lama yang sedikit usang itu. Untuk perhatian, kita kena memperbaharui Ic sebelum usia menjangkau 25 tahun. Dan aku didenda 30 ringgit kerana aku sudah berusia 25 baru hendak renew IC, itupun sebab hilang. :-) jadi, musibah itu sebenarnya mengingatkan aku. Alhamdulillah.


Beg juga aku ganti yang baru tetapi drpd koleksi beg2 yang aku ada di dalam almari ku di kampung. Nasiblah hobiku mengumpul beg. Jadi agak mudah bagiku menyelesaikan masalah beg. Beg 'murahan' tetapi nampak 'mahalan' dan comel juga.. xper jgn membazir ye. Sejak kejadian itu juga, aku x lekang dari memakai beg silang.


Baiklah , entry ini nampaknya sekadar meluah rasa di hatiku yang lara tetapi semakin terubat. Nasib baiklah semuanya berjalan dgn lancar.

Dan..dari kejadian itu kumelihat siapa sahabat yang sebenar. :-)


Walaupun kamu nampak saya selalu senyum..tapi dalam hati saya hanya Allah sahaja yang tahu....tapi saya tahu setiap musibah ade hikmah yang tersembunyi. Bak kata pujangga, Allah turunkan hujan, sebab nak beri kita pelangi. Renung-renungkan....selamat beramal.



















Sayang semua





P/S: Masih mencari pelangi









No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)