Wednesday, September 14, 2011

Cari sana cari sini







Assalamualaikum


  • Aku tengah cari umah sewa. Hari Isnin depan dah start training selama dua bulan. Oleh sebab itu, terpaksa pula meninggalkan pekerjaan lama yang amat diminati ini. Tetapi tidak mengapa, demi mencari sesuap nasi dan seribu pengalaman, tidak mengapalah dan kena bertabahlah. Sedangkan orang luar boleh hidup mewah di sini, mengapa kita hendak berpeluk tubuh tanpa berusaha? (apakah?)
  • Demi mengubah nasib diri ini, perlulah juga aku berubah. Berubah segala-galanya, ia juga mungkin sama erti dengan kata lainnya, anjakan paradigma. Aku tidak boleh duduk statik sahaja di satu tempat sambil menunggu bulan jatuh ke riba. Oh aku sedar asal usulku.
  • Aku risau juga kerana masalah pengangkutan, ulang alik dari tempat kerja. Jika menggunakan pengangkutan awam juga agak mudah, tetapi kadang2 masa menjadi masalah pula. Mungkin aku perlu berbasikal tetapi ia agak tidak releven.
  • Baiklah, mahu tidur dahulu, harap-harap dapat mimpi yang indah kerana pabilaku bangun dapatlah aku menjadi insan yang bermotivasi.



Ada masa dan ketika nanti, akan saya beritahu berita selanjutnya. (kejap aku kejap saya) Kamu semua doakanlah saya ya.




Tata...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)