Saturday, October 15, 2011

Makanan kesukaan saya adalah....

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian. Entry kali ini saya dengan rasa berbesar hatinya nak bagitau bahawa saya ada byk jenis makanan kesukaan. (tajuk agak tidak mencabar minda tapi mengembirakan saya juga untuk bercerita :-) hehe


Kalau anda semua ingin tahu.....saya suka makanan seperti di bawah ini (bermaksud saya tidak akan menolaknya jika ada di depan mata.




1.Cendawan  busut







Pelbagai cara masakan boleh dilakukan untuk masak cendawan busut ni ya kwn2 antaranya dengan menumis, masak lemak cili ape, masak pedas tapi yang mak saya selalu buat adalah seperti di bawah:




rebus ajer bersama sedikit lada hitam sgt enak yer sila jgn terliur di sini(gambar diambil dari internet)



Baiklah , mungkin entry ini berkaitan makanan sebab penulisnya sedang mengingati makanan. Jadi eloklah penulis undur diri untuk makan sebentar. Entry ini akan disambung nanti ya kerana byk lagi makanan kegemaran saya belum ditulis. Motif??? ya...motifnya adalah bila anda berjumpa saya, anda sudah tahu apa makanan kegemaran saya.:-)


tata




baiklah saya sambung semula..(pas mkn ayam goreng yang dibeli petang tadi)




2. Bubur lambuk Terengganu

Sebenarnya, saya adalah seorang  penggiat seni  penggemar bubur lambuk, tak kiralah dari mana asalkan ia bernama bubur lambuk. Tetapi, penemuan terbaru saya mendapati bahawa bubur lambuk Terengganu adalah antara bubur lambuk yang paling best pernah saya jumpa. Ianya kerana resepi yang lain dari yang lain. 

Nah resepi bubur lambuk Terengganu yang sedap sangat itu;


Bubur Lambuk Terengganu

Bahan-Bahan:
1 pot beras putih
3 cawan air
1 cawan santan
pucuk paku (pucuk paku paya)
sedikit daun kesum (
sedikit daun kunyit (hiris halus)
pucuk manis
2 sudu besar kerisik kelapa
garam (secukup rasa)
*pucuk paku dan pucuk manis ambil daunnya Bahan Kisar/Tumbuk:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
lada hitam (secukup rasa)
1 inci halia

Cara:
1. Rebus beras sehingga menjadi bubur (pekat).
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan kerisik serta garam, sedikit gula kemudian kacau rata.
3. Masukkan pucuk paku, daun kesum, daun kunyit dan pucuk manis.
4. Masukkan santan dan biarkan mereneh sehingga sayur-sayuran empuk dan cukup kepekatan bubur.

Cadangan Hidangan:
hidangkan bubur lambuk semasa masih panas dan bagi yang menggemari daun bawang & bawang goreng, bolehlah ditaburkan sedikit. Lada sulah juga boleh dijadikan perisa tambahan.

Tambahan:
Bagi yang menggemari bubur ayam boleh lah memasukkan potongan kiub-kiub ayam ke dalam bubur lambuk.
@
Saya pula suka makan ikan. Jadi saya suka jika bubur lambuk saya dimasukkan ikan yang sudah ditumbuk ala-ala.  Baru mengancam. Jenis ikan yang paling sesuai sudah tentunya ikan temenung kembung.



Saya terpaling -paling suka yang ini. jika kamu tidak suka tidak mengapa, tapi jika kamu suka saya pun suka. Ini adalah bahan utama ya.

Dari sini kita boleh nampak keenakannya ya. Walaupun tidak boleh rasa. Cubalah memasaknya mesti kamu tidak menyesal nanti. Ewah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)