Assalamualaikum...
Tadi baru saje balik daripada mendengar ceramah. Seronok tidak terhingga kerana sudah lama tidak menjadi audience. Sudah lama juga tidak mendengar dan melihat guru @ lecturer mengajar di hadapan. Terasa janggal bila lama tidak berada di dalam situasi seperti adanya pengajaran dan pembelajaran:-) Masa terus berputar...tahun demi tahun berlalu...bulan demi bulan...hari demi hari...(SAMBIL NYANYI LAGU MENGHITUNG HARI)...jam demi jam...saat demi saat...berlalu tanpa aku sedari...Ya Allah!! Berilah petunjuk kepada hambaMu yang lemah ini...kuatkanlah imanku....
Bagiku...setiap manusia diberikan rezeki oleh Allah yang Maha Esa...tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun. Rezeki Allah cukup luas. Tidak hanya boleh dilihat pada kekayaan wang ringgit semata - mata..rezeki Allah tetap diberikan pada kita selagi kita bernafas di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah. Syukur kerana kita diberi rezeki dan dapat bernafas...menghirup udara segar dalam meneruskan perjuangan di muka bumi ini...demi mendapat redha Allah di dunia dan akhirat. Sebagai manusia, kita perlu berdoa, berusaha dan bertawakal supaya apa yang kita lakukan mendapat keredhaaNya.:-)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)