Monday, February 20, 2012

Tips 1 _ lesen D


Assalamualaikum :-)    

Teringat masa kecil-kecil dulu..bawak basikal keliling kampung..pergi sekolah, kedai, dan 'menziarahi' kawan. Oh aku memang suka naik basikal waktu petang...kadang - kadang bila sampai selekoh time tu jugak nak lepas tangan...oh nasib baik x masuk parit kat selekoh tu..hahaha.  Ala...adatla tu lepas tgn time bwk basikal kan mase budak-budak...TAPI kalau suruh aku lepas tgn bawak basikal sekarang..jumpa kat hospital lah jawabnyer..entah - entah nak bawak basikal sejauh 50 meter pun termengah-mengah. :-( sedih skill bawak basikal dah lame x digilap. Tibe-tibe lak haha. 


haha saje je cakap pasal basikal untuk INTRODUCTION.( budget karangan BM)


Sebenarnye nak kongsi tips utk ujian mengambil lesen kete ni..untuk yang dah ade 
lesen...bole bace jugak sambil ingat balik kenangan 'indah' korang tu ye..hehehe. Biasanye org amek lesen kereta ni lepas SPM kan. ataupun mase tengah study..tapi aku x. Dah tua 'sikit' baru nak amek pastu bile pegi latihan merasakan kepelikan dan tertanya -tanya dalam hati kenapa 'budak-budak' ni nampak muda? cam lepasan SPM sahaja lagaknya. ( padahal memang depe budak lepas spm pon wakakaka) TAPI  ada la sorang dua calon agak 'faktor berusia' itupun calon yang amek lesen lori huyooo!! 


OK Tips 1 : Mendaki Bukit





Teknik Belajar Mendaki Bukit


  1. Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit.
  2. Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, tarik brek tangan.
  3. Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1.

TIP UNTUK UJIAN MENDAKI BUKIT:

Calon akan lulus  jika: 

  1. Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samada 100%, 75% atau 50%.
  2. Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.
  3. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.

Calon akan gagal jika:

  1. Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50%
  2. Melebihi masa yang ditetapkan.
  3. Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak)
  4. Langgar garisan putih.
  5. Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar)

Teknik Belajar Turun Bukit

Gunakan gear satu. Tekan pemacu (minyak). Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan-lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)