Friday, February 18, 2011

Kesatria...kau nama indah...... Part 1



Semester pertama Julai 2006

Ini cerita masa aku mula2 masuk UiTM dulu....time degree....semester pertama aku jadi pelatih kesatria untuk memenuhi keperluan kokurikulum (ayat skema). Kene la belajar kawad. Benda yang agak aku x bape nak suke. Lagipon mase sekolah aku masuk Persatuan Puteri Islam je..ala aktivitinye xdelah heavy sangat...takat cabut-cabut rumput kat kawasan sekolah..ehhh. Ade la kene kawad itu pon time sukan sekolah kot. Itupon kawad lintang-pukang jalan cam nak catwalk saja lagaknya dan x de rupe org berkawad pon mase tu. Aku pon hairan kenape time tu jadi mcmtu. Malu memang malu. Tapi nak wat cam mane kan aku sayangkan Persatuan Puteri Islam sebab kain pink yang cute. Lantak la kawadnye x bape nak cantik kan.

Berbalik cerita mase aku mule2 kat u tu...komander yang ajar kawad tu garang-garang macam singa tidak kira lelaki mahupun wanita. Mungkin jika singa tengok komander tu ia pon lari. Aku x suke orang cakap kasar-kasar dengan aku. Korang suke ke?? hehehe...mestila x kan. Tapi tu la first impression negatif aku terhadap komander pada waktu itu. Menci!! Cam bagus kau ekk!! Poyos!!

Walaubagaimanapon aku terpilih untuk wakil fakulti tu pertandingan kawad dan mendapat no-3. Ok la tu labu...dan aku mula minat berkawad sebab da reti cikit2...

Komander: Siapa berminat untuk jadi komander pada semester depan sila beri nama. Anda akan dihantar untuk latihan selama 2 minggu di UiTM Lendu, Melaka. Latihan berat jika tidak mampu dan ada penyakit sila jangan tulis nama anda.

Aku: Terus keluar baris dan menulis nama ku. What??!!!!!! (why?)
Sebab aku suke kawad, aku suke pakai uniform, aku nak dok kolej free so x payah minta duit mak n ayah mase tu tuk bayar sewa umah....sob3!!!



Masuk semester ke-2




Kawad 'heavy metal' bermula. Asal Sabtu je kawad. Aku nak balik kampung pon tersekat-sekat. Tapi aku tabahkan hati kuatkan jiwa. Maklumlah disiplin kene jaga. Muke jangan cerita la kalah belakang kuali cam terbakar pon hado sebab kene panas. Sunblock sungguh tidak berguna waktu tu (ingat ko polis ke askar x pon bomba?) sedih2...


Bersama para pelatih yang sangat berdisiplin, dan ceria. Mesti depa ingat aku cam singa comel gak time nih.Kih3!!! Penat aku berlakon garang wehh!!!!! Yela ngajar kawad kene tegas mane boleh gelak2 kang kepale kite kene pijak pulak ape cerita? Ayat biase "ko ingat ini summer camp?? main-main ye"



With best frenz ever!! Malisa




Ni perbarisan hormat masa mantan Perdana Menteri datang kt UiTM

Mase tu aku cam nak pitam pon ado.....berdiri tegak menahan nafas umpama askar wataniah lagaknya.Agak-agak sejam ada berdiri tegak tanpa mengelipkan mata.ok tipu. mata aku xkan la x berkelip kot sejam tu. Mase tu aku berangan aku adalah perwira negara. ngeh3!!




Kawan-kawan semasa camping..time ni lagi heavy keje sebagai komander. Incharge student baru beratus2 org. Masak sekali kot..
Tapi kerjasama memudahkan kerja ok..







Kenangan terindah...walaupun banyak pahit manis ku lalui ketika itu. Aku berrsyukur kerana ia banyak mengajarku erti hidup yang tidak selalu indah, dan tidak pula selalu derita.

kerana hidup ini umpama roda...:-)



Sekian...

1 comment:

Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)