Aku (berbaju biru dan agak comot di situ) bersama kakak ku
Assalamualaikum...
Zaman kanak-kanak adalah paling indah bagiku...walau ape pun yang terjadi kita selalu berasa gembira. Walaupun kadang-kadang kene marah sebab aku sebok nak buat kuih wadai kepeng (ia sejenis bubur yang dibuat dari tepung)itu perkara biasa. Kadang-kadang aku sebok nak siang ikan dan mak aku bagi sekilo ikan kembung suh settlekan sebab rase annoying dgn perangaiku . Hah amek kau siang ikan tuh..nak sangat.(ayat diolah semula)...mase tu aku 6 tahun kirenye tadika la. Aku paling ingat zaman kanak-kanak yang bagiku indah kerana merasakan dunia ini indah dan melihatnya dari aspek yang sungguh positif. Selalunya aku bermain bergayut ala-ala tarzan di dalam hutan berdekatan rumahku. Al maklumlah ketika awal 1990 an itulah permainan yang aku ada. (mcm la lama sgt hehehehe). Berbeza sungguh dgn keadaan kanak-kanak di zaman ini. Aku masih ingat bagaimana aku menjadikan aktiviti mengutip biji getah sebagai aktiviti wajibku tatkala waktu petang. Dan biji-biji getah itu disimpan ataupon dipecahkan. Sungguh terhibur waktu itu. ok...aku mahu berhenti di sini..
Terima kasih ya Allah kerana memberi rezeki yang tidak ternilai...amin.........
Rindu sungguh saat itu...
Terima kasih ya Allah kerana memberi rezeki yang tidak ternilai...amin.........
Rindu sungguh saat itu...
Aku kini..........yang masih ingat waktu itu...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)