Tuesday, February 22, 2011

Motivasi Pagi.....




Assalamualaikum dan salam mesra bembuka bicara......(ini bukan boria)



Di keheningan malam ni aku kepeningan....setelah buat keje sekolah...eh tugasan. Tajuknye bukanlah " saya sehelai baju " ataupun " saya sepasang kasut". Jika itulah tajuknya mungkin aku akan membuat tugasan itu sambil memejamkan sebelah mata dan sambil makan2 biskut tanda ianya mudah. Namun apakan daya tugasan itu agak susah...sehinggakan aku kepeningan umpama mabuk laut lagaknya... Ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini...Namun aku bersyukur setelah 3 hari 2 malam memberikan sepenuh perhatian terhadap tugasan itu ia siap dengan jayanya. (ayat penyedap hati sendiri)

Terima kasih kepada Neti my group member merangkap roomate dan sudah tentu housemate...dan classmate...kerana kerjasama anda.


Teringat pula aku akan satu ungkapan

" No pain, no gain"



Walaupun begitu, aku nak jugak update blog kesayangan ini khas utk sesiapa yg sudi membacanya...:-)


Dalam pening2 lalat aku mencari lah artikel berkaitan motivasi diri kerana aku selalu kurang motivasi. Jadi, diri ini perlu di cas selalu dengan membaca artikel bermotivasi, menonton rancangan motivasi dan apa2 sahaja yg berkaitan dengannya. Jika tidak kemungkinan risiko untuk aku akan diserang kemurungan adalah tinggi. Alhamdulillah setakat ini Allah masih memberi ujian yang masih mampu ku tanggung...kerana Allah hanya akan memberi ujian pada manusia sesuai dgn aras kemampuan setiap individu yang berbeza-beza.


Baiklah

Ini adalah artikel yang ingin aku kongsikan bersama semoga mendapat manfaat hendaknye.(ayat skema sebab aku pas wat tugasan td)






INI KITE AMEK DARI INTERNET......silalah baca..sharing is caring ok....(saja wat ayat kata ganti nama 'kite' sebab rasa cam comel dan lemah-lembut je...mase kecik2 suke ckp kite untuk kata ganti diri)



Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut:

1. Hati.
2. Minda.
3. Tindakan.

Ketiga-tiganya kenalah baik, kenalah positif, kenalah digabung sekata. Andai kata hati dan minda positif tapi tindakan negatif, kesannya akan jadi negatif. Andai kata hati, minda dan tindakan jadi positif, kesannya jadi positif. Ketiga-tiga perkara ni perlu positif, barulah Anda akan merasai impaknya.

Melalui gabungan hati, minda dan tindakan positif, Anda akan dapat mencapai apa jua kecemerlangan dalam apa jua usaha Anda. Sebab? Perkara-perkara positif menaikkan Anda, perkara-perkara negatif menjatuhkan Anda. Lihatkah orang-orang berfikiran negatif, mereka tak mencapai banyak kemajuan. Lihat pada orang-orang berfikiran positif, mereka dapat mencapai kemajuan.

Hati adalah aspek diri yang paling senang untuk dipengaruhi, iaitu sama ada ada dipengaruhi oleh bisikan-bisikan positif atau bisikan-bisikan negatif.

Ketika Anda berbuat sesuatu, bisikkan kata-kata positif dalam hati supaya Anda bersemangat, supaya tindakan Anda dan minda Anda jadi positif. Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:

1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar cemana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.

Down cemanapun emosi Anda, berusahalah positifkan diri. Masukkan bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya Anda dapat mengawal emosi lalu merubahnya jadi positif.

Laungkan dalam hati salah satu daripada bisikan-bisikan di atas untuk meniupkan inspirasi ke sanubari Anda. Apa yang ada di hati akan naik ke minda. Apa yang ada di minda Anda, itulah yang akan mempengaruhi perbuatan Anda.

Be strong!




ok jumpa lagi...............










No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)