Friday, March 11, 2011

Entry serius punyer bukan main-main

Assalamualaikum semua!!!!!!!



Pukul 5 pagi bangun tido,
Pergi jogging keliling rumah,
Berus gigi warna koko,
update blog dengan berkhemah.


(kakakakaka plez clap your hand...:-) )

Pagi-pagi baca majalah,
Baca sana baca sini,
Kadang-kadang rasa bersalah,
Bila terkena diri sendiri.


(ewah!!!1)


Ok la kwn2..nak share something harini iaitu informasi yang kupetik dari majalah Al-Islam.


Ok sila wat muke serius.



--------------------------------------

Sedang membelek2 majalah itu aku terbaca tentang resepi yang sangat menarik. Teka la teka la.




NAH


Resepi istimewa untuk mendekatkan diri kepada Allah




Pada suatu ketika, seorang pesakit datang kepada seorang arif, Sofyan r.a. Pesakit itu bertanya, "Wahai Sofyan, aku ini menderita penyakit jauh dari Allah s.w.t.. Tolonglah aku, Sofyan.


Ulama yang arif itu lalu berkata kepada lelaki berkenaan, Wahai saudaraku, ubatnya senang. Pertama, hendaklah engkau mngambil beberapa buah akar keikhlasan,daun-daun kesabaran, dan perahan kesabaran hati. Letakkan semua itu dalam wadah ketakwaan, lalu tuangkan ia ke dalam cairan rasa takut, dan campurkan ia dengan api kesedihan.
Lakukan saringan kewaspadaan dan kemudian ambillah ia dengan tangan kejujuran, lalu minumlah ia dari gelas istighfar yang telah dicampurkan dengan air kesolehan. Sesudah itu jauhkanlah dirimu dari rakus dan cerakah, Insya-Allah, engkau akan sembuh dari penyakitmu itu".


Mudah bukan? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Di mana xde kemahuan, xdela jalan (aku tambah)


Ok jumpa lagi. Nak sambung buat asgment yang melambak lalu menyebabkan keseriusan bertambah. (budget rajin harini..ok tak tak)


Fullstop.

1 comment:

  1. berus gigi warna koko atau kaler berus tu yg putih dah bertukar koko sebab tak tukar2 berus gigi dari tahun lepas?... hehehe :p (kreatif pantun)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)