Syukur kepadaMu ya Allah
Kerana masih mberi peluang kepadaku
Menghirup udara di alam ciptaanMu
Walau diriku selalu melupakanMu
Diri ini masih diberi nikmat
Akal yang waras
Badan yang sihat
Keluarga yang bahagia
Walaupun kadang2 aku mengeluh
Atas kekurangan sesuatu
Tapi sebenarnya nikmatMu melebihi segalanya
Ya Allah
Selamatkanlah ku dalam segala ujianMU
Berikanlah ku petunjukMu
Supaya dapat aku memperbaiki diri
Sebelum ajal memanggilku
Kerana aku tidak tahu
Sampai bila hayatku
Sesungguhnya sifat manusia selalu alpa
Leka
Lupa
Lemas dalam kemewahan dunia
Tak sedar diri semakin dimamah usia
Hanya kepadaMu tempat ku mengadu
Dan meminta pertolongan
Amin....
Kerana masih mberi peluang kepadaku
Menghirup udara di alam ciptaanMu
Walau diriku selalu melupakanMu
Diri ini masih diberi nikmat
Akal yang waras
Badan yang sihat
Keluarga yang bahagia
Walaupun kadang2 aku mengeluh
Atas kekurangan sesuatu
Tapi sebenarnya nikmatMu melebihi segalanya
Ya Allah
Selamatkanlah ku dalam segala ujianMU
Berikanlah ku petunjukMu
Supaya dapat aku memperbaiki diri
Sebelum ajal memanggilku
Kerana aku tidak tahu
Sampai bila hayatku
Sesungguhnya sifat manusia selalu alpa
Leka
Lupa
Lemas dalam kemewahan dunia
Tak sedar diri semakin dimamah usia
Hanya kepadaMu tempat ku mengadu
Dan meminta pertolongan
Amin....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)