Assalamualaikum......
Mari kita review balik rentetan peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang tahun 2011 yang baru saja melabuhkan tirainya... (ewah) padahal lama dah aku x update blog asyik2 post video je sebagai langkah selamat.. hehehehehe .harap-harap tak terlambat sebab baru saja 7 hari berlalu kan..
Antara yang yang x boleh dilupa ialah:
nie yang manis punye ye...
1. Berjaya menkonvokan diri ini untuk kali ke dua :-)
Alhamdulillah aku telah berjaya menghabiskan pengajianku selama setahun setengah Master in Information Management..di UiTM Shah Alam. Syukur kerana berjaya harungi cabaran dan halangan sepanjang waktu itu...Aku bukanlah dalam kategori pelajar cemerlang....tapi nk kate ngok sgt pon x ler hehehe...sedang-sedang sahaja tapi aku punya semangat yg kuat untuk belajar..Terima kasih Allah kerana diberi kesihatan dan kekuatan untuk menimba ilmu yang sebenarnya masih terlalu byk yang belum ku terokai..Bagiku..setiap detik dan saat adalah untuk belajar..bukan nama dan status yang dikejar tapi keredhaanMu ya Allah..
The big day.....Thank you mom....:-)
Ehehehe korang tau x bahawasanye ak pernah bekerja di butik baju..salesgirl. Nampak mcm mudah tapi sebenarnye memerlukan communication skill yang bagus tatkala berinteraksi dengan customer dan di situ juga aku belajar sedikit sebanyak tentang selok belok perniagaan. dan juga belajar mengawal emosi serta tekanan berhadapan dengan bos dan pelanggan.. ..hehehe over !!
Butik kah itu? hehehe ia ia dong....nampak x aku x tipu. Siap jadi model lagi nak promote jubah tu kat customer...errrr tapi time tu bos xde. Sila jangan muntah hijau melihat gaya posing tiru gaya patung itu walaupun muke x mcm patung.
ini ade lagi..(tetibe )
Ini adalah butik menjual barangan untuk menunaikan haji yer. Bukan butik pengantin atau butik baju mak datin. Boleh nampak di siti jubah2 dan sejadah ada dijual dengan harga yang berpatutan. Eh. X habis-habis posing lagi tu. JUBAH KEDAI OII UDAH-UDAH LE TEWW :-)
Yang manis nye lagi ade customer ingat aku tuan punye kedai ( errr over lagi) dan aku dgn rendah diri 'terpakse' explain balik bahawasenye aku bukan tuan kedai jadi x boleh bagi harga kurang lebih2. ehehehe kadang2 kene belajar ckp 'fix price' cik/encik/tuan'.
TAPI
Byk juge ragam customer yang menguji kesabaran aku....(len kali la cite point kat sini da telebih huraian pulak jgn mare a nanti lekas tua :-P)
3. Jadi customer service representative
Ye....sebenonye CSR itu yang angkat2 telepon tu lah. Kamu cuba dail 100 nanti CSR tu jawablah berkenaan masalah yang berkaitan. biasenye masalah streamyx @ internet.
Sempatlah aku keje 3 bulan campur training. Fuhh jiwa kena kental hati kena kering. Hari-hari dapat panggilan customer yang 'lemah-lembut'...kerja kontrak jer ....tapi syukurlah dapat jugak pengalaman.
Walaupun sekarang x di situ lagi tapi segala pengalaman akan 'terpateri' di hati.. (cakap pasal pateri teringat masa belajar kemahiran hidup kat sekolah menengah ade pateri2)
Sanggup carik kt google nak bgi korang flashback balik ingat x mase sekolah menengah dulu belajar KH ade pateri2 ni? ( hehehe paksa ingat :-P) ok sudah .
Dan byk lagi kenangan2 yang kalau nak huraikan x cukuplah disini...kene duduk kat kedai kopi sambil minum2 sembang- sembang..baru keluar idea. (ehehehehehe)
Ha..ni pulak kenangan pahit ( bagi aku)
Teratak ku ( bukan banglo atau villa) telah dimasuki pencuri yang telah mengambil mencuri laptop kesayanganku beserta broadband dan pendrive ku. Motosikal abgku tapi syukur moto tu dptlah balik hasil kerjasama dan bantuan pihak polis Teluk Intan. Syukran ya Allah. Laptop tu x dpt ler...redha jer mungkin ini ada hikmahnye.
Aku berfikir ini hanya ujian kecil dari Allah. Untuk melihat bagaimana aku menghadapinye..dan aku sabar dengan apa yang berlaku. Syukur kerana masih hidup lagi di dunia ini. Tidak diapa-apakan oleh pencuri itu. Biarlah Allah shj yang membalas dan mengajarnya. Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kite hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan segalanya kerana Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita...begitu juga dengan jodoh dan ajal kita..kita x tahu bila tapi yang pasti....mati itu pasti...
Dari kejadian itu juga aku tahu Allah sayangkan aku sebagai hambanya sebab itu aku diuji..dan aku tahu semua hambanya akan diuji mengikut kemampuan masing-masing. Sebagai hamba kita harus redha dan berusaha meningkatkan keimanan kita..
Dari kejadian itu..aku juga tahu org yang menyayangiku itu benar2 ambil berat tentang diriku dan ya.....aku terharu dengan keiihlasannya.
Okay - okay nak berhenti dah ni...hehehehe tapi nak letak pic baru la sempena tahun baru 2012 ni. Salam pembuka tirai 2012..semoga kita semua berada dalam golongan org2 yang diredhai oleh Allah, dipermudahkan segala urusan, diberi jodoh yang baik, keluarga yang bahagia, akal yang cerdik, wajah yang cantik dan diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah serta mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat.......Amin......
Terima kasih kerana berkongsi kegembiraan ini....:-)
budget comel. fine.
p/s: minta maaf jika entry ini sukar difahami lenggok bahasanye...kesulitan amat dikesali. Ape2 pon thanks for reading....wish u all the best n happy new year...
SELAMAT DATANG 2012 !!!!!!!!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)