Dah lame x menulis blog.
Dah lame tak bersembang dengan kawan-kawan. Dah lama tak pergi 'window shopping' dekat jalan tar. Eh kalo beli sampai 8 helai tudung skali tu bukan 'window shopping' la tu namanya open window shopping. :-P . Dah lame tak naik LRT, bas rapidkl dan teksi. Dah lame tak makan megi laksa di malam hari ketika perut sedang berkeroncong. Dah lama tak jalan-jalan dekat The Curve sambil tengok orang jual tudung dengan dress serta duduk di kerusi urut tanpa rasa segan silu. Eh banyaknye dah lame...sambung lagi. Dah lame tak berjalan kaki melebihi satu jam tanpa henti di pusat membeli-belah (ayat skema). Dan banyak lagi. Kalau nak diikutkan dah lame saye...kamu boleh pitam membacanye...saye juga pitam sekali. Pengsan seminit jom.
Berbalik kepada dunia realiti sekarang. Itu cerita dulu.
***********
Cerita serius:
Semalam terbaca satu isu di dalam surakkhabar berkaitan seorang ibu yang pergi ciber cafe selama 8 jam setiap hari dengan tujuan bermain game sambil membawa sekali anaknya yang berusia 3 tahun sejak lebih kurang setahun yang lalu.
Anaknya itu dibiarkan dan tidak diberi makan serta perhatian. Bayangkan. Sanggupkah seorang ibu yang normal berkelakuan seperti itu? Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang ini. Jangan salahkan teknologi jika diri sendiri yang menyebabkan kejadian seperti itu terjadi. Jangan sudah terhantuk, baru tengadah. ( hambik ni)
Teknologi patut digunakan ke arah kebaikan dan perkara yang positif. Sikap si ibu yang berusia 20 an tersebut ibarat seorang yang mamai atau tidak sedar diri atau tidak tahu diuntung. Semoga kita diberi kesedaran dan tidak termasuk dalam golongan yang berfikiran positif dan tahu mana baik dan buruk.
***************************
Nak tau tak sejak akhir-akhir ni warna pink belacan menjadi kegilaan. Selalu orang buat baju raya, bertunang dan di waktu persandingan.(kenapa cakap pasal kawen ni? )
Nah ni contoh nye.
(sumber : google)
Ni warna dusty pink a.k.a pink belacan.
(sumber: google)
Dan ini juga.
(sumber: google)
* Wanita cantik akan membuka mata lelaki manakala wanita baik akan membuka hati lelaki :-)
Baiklah. Masa mencemburui kita sekarang ini. Jumpa lagi ya. Babai. :-)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)