“ Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.
Assalamualaikum...:-)
Agak lama juga lah tak menulis kat sini. Banyak faktor saya menyepi.
Tengah duduk bosan-bosan online td..aku terjumpa balik gambar lama masa tengah kurus dulu. (sekarang x kurus). Aku tesenyum sendiri. Masa tu aku mula-mula masuk belajar kt UiTM Puncak Perdana.
Muka suka nak pergi kelas sambil bawak beg mickey mouse.
Aku dah tau..masa tu kurus sebab berjalan setiap hari dan kurang makan. ahaks. Sekarang kurang berjalan ditambah pula banyak makan. Sila ambil perhatian ( peringatan kepada diri sendiri)
Selepas itu terlihat gambar ini. Masa tingkatan 4. Nampak muda. Umpama gadis belasan tahun lagaknya.
Godek- godek gambo lama ternampak pula gambar mase form 1. Cikgu Choo Man Sing terpahat di ingatan. Muka masing-masing no komen. hehe...x kenal diri sendiri. Pegi sekolah naik basikal.
Ni mase tingkatan 2. Pengawas. Tak pasti kenapa..bile ingat balik rasa pening kepala. Adakah ada pengalaman pahit di situ?
Masa tahun 2000. tingkatan 2. Masuk pertandingan koir Bahasa Inggeris. Walaupon kalah tetap enjoy :-) sampai sekarang hafal lagu ' Standing in the eyes of the word'. Walaupun suara tak berapa menepati piawaian seni suara. Belasah saja.Wakaka kru. eh
Form 5. Tahun yang menjadi kegilaan semua remaja. Eh. Sebab tahun tu SPM. Poket aku nampak tebal. Tapi bukan tebal dengan duit jangan salah sangka. Mungkin tebal dengan nota itu aku tak pasti. Mungkin penuh dengan uncang syiling x tahulah. Tak nampak aku? Yang kanan sekali berkain merah iaitu Pembimbing Rakan Sebaya PRS yang berfungsi untuk membimbing kawan-kawan ke arah kebaikan dan mengamalkan nilai-nilai positif. Contohnya..melarang rakan-rakan menconteng tandas ataupun bergaduh di kantin. hahahahahahaha. Selain itu, mendorong rakan-rakan pergi ke perpustakaan untuk belajar. ( Masa tu aku tiba-tiba aku meninggalkan jawatan pengawas sebab nak jadi PRS) Bile ingat balik rasa kelakar pon ada.
Ni muka masa semester pertama kat UiTM tahun 2006. Ni kawan-kawan satu rumah.Ada yang dari Johor, Kelantan, Terengganu dan Perak (aku le tu )
Ni masa semester berapa tak ingat dah :-) hehehe
Last-last terjumpa gambar ni jangan marah ya..hehe . Anak sedara aku bersama ular kuning yang comel.
Oklah...jumpa lagi babai.
* Gambar tidak tersusun mengikut tahun harap maaf.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)