Tuesday, January 01, 2013

Selamat Tahun Baru (^_^)




Assalamualaikum..

Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun 2013 memberi lembaran baru dalam hidup kita dan tahun 2012 memberi kenangan yang terindah kepada kita semua. 

Hari ini hari kedua dalam tahun 2013 bersamaam 2.2.2013. Setiap orang pasti ada azam yang tersemat di dalam hati begitu juga aku. Semoga tahun ini segala yang diimpikan menjadi kenyataan berkat doa, usaha serta tawakal kepada yang maha Esa. Semoga pada tahun ini kita semua diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dilindungi dari segala bencana, diberi kemakmuran hidup jauh dari hasad dengki manusia, diberi kebahagiaan hidup dunia akhirat dan hidup dalam keredhaan Allah. Selain itu, menjadi insan yang soleh dan solehah serta menjadi insan yang baik hati serta ikhlas melakukan pekerjaan. Yang penting jangan sesekali lupakan Allah..Amin.














2 comments:

Terima kasih kerana tinggalkan komen anda :-)