Saturday, April 30, 2011

Entry Subuh nan indah

1) Membaca SURAH AL-WAQIAH

- Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).


Pra-Syarat jika Mahu Kawen

1. Duit
2. Fizikal dan mental yang kuat
3. Give and take
4. Time management
5. Kesabaran
6. Kesepakatan

(sumber, pengamatan dan pembacaan, April, 2011)


hehe babai mahu buat kerja lagi

Doakan daku

Friday, April 29, 2011

Letak gambar dinner sikit-sikit baru nampak manja














TERIMA KASIH ..............


sambung kejer lagi bebeh!!!!!!!!!!

Thursday, April 28, 2011

Diperintahkan diri untuk perintah berkurung



Assalamualaikum.....kawan-kawan





Pengumuman2!!Perhatian!! Perjumpaan ahli persatuan Bahasa Inggeris akan diadakan pada hari Sabtu ini ......bla3...(ayat mase sekolah dulu2)




Baik






Dengan ini...saya membuat pengumuman bahawasanya saya akan mengurungkan diri saya atas kerana perintah berkurung sebab untuk menyiapkan thesis.


Jangka masa adalah dalam 5 hari dari sekarang.



Jika ada apa-apa berita terbaru sila beritahu saya melalui panggilan telefon.




Jasa baik anda sangat saya hargai...




Saya juga doakan anda berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi.






Minta undur diri.

Tiara ini diharapkan di hari persandingan... (tetiba x pasal-pasal)

Tiara....menggamit kenangan zaman persekolahan......tiara..ku mimpi kita bersanding atas kayangan........k sambung sendiri.


Babai

Wednesday, April 27, 2011

Entry selepas balik dinner ...YAWWWWWW!!!

Assalamualaikum....



Laporan hari ini..sekembalinya saya dari dinner ...

Minta maaf gambar tidak tersusun...


Tema adalah "HITAM MENAWAN KUNING MEMANCAR"






Posing depan kolam nasib baik x jatuh.....(mane dapat baju kuning tu?? plez private mesej me)



Shatela , Neti, hamba



Nak berehat sebentar ye kawan-kawan sori xde banyak citer. Mungkin di entry akan dtg...mahu beradu sebentar.

^


^


^^


^
sebelum itu terimalah serangkap pantun



Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa,





Babai


Wassalam




P/S: masa mencemburui kita sekarang

Entry sebelum pergi dinner ...cepat la perut dah lapar

Assalamualaikum..

Wow




Sekejap lagi nak pi dinner


Harap-harap ade makanan yang sodap-sodap



Dan tiada istilah diet untuk malam ini


Kerana aku sudah bayar RM 5o


Sape nak bagi ko RM 50 senang2?


Kalo aku bekerjaya mungkin aku x kisah nak bagi org (ape kaitan)


Harap-harap bile dah bekerja aku x lupa asal usulku


Asal bukan orang senang tapi cukup makan pakai


Dan aku harap aku dapat mengubah segalanya


Terutamana sekali dari aspek ekonomi keluarga


Baiklah xmo cakap banyak kerana sekejap lagi mahu bersiap sedia


Ibarat Cinderella ingin ke malam gala (hehehehehheheh jgn marah nanti cepat tua)


Aku aci pakai sahaja apa yang ada tiada istilah well-preparation for the dinner...maklumlah belum bekerja (nanges)



Harap habis cepat dinner laeh balik cepat sambung buat kerja.





Ok doakan perjalanan hamba pergi dan balik selamat hendaknya...amin....

Tuesday, April 26, 2011

Kecemasan !!! kecemasan!!!



Assalamualaikum..


hehe (malu pulak rasanye)



segan pon ade




Tadi kate bizi ni dah kali kedua entry untuk hari ini...tapi x kot sebab dah puku 1.46 pagi kira hari len kan.




Kecemasan!!!!!


Malam dinner kene pakai hitam kuning lah!!!! ( hep hep hep!!!)





bukan hitam pink seperti yang dibincangkan tempoh hari...(nanges)


Nanges lah..sebab hamba sudah beli selendang murahan yang berharga RM 5 di First Lady semalam. Ya semalam...(mulanye x bercadang pon nak beli tetapi terkejut ia berharga RM 5 terus beli)







Nanges .....sob3!!!! sebab baru berangan -angan hendak menggayakan selendang murahan yang cantik itu. Maaflah wahai selendang mungkin kamu akan digayakan di hari dan waktu yang lain. Ada hikmah di sebalik kejadian ini selendang merah jambu.


Baiklah. masalah nye aku tiada baju kuning. hehehehhehehehehhehe(gelak cemas sebab kecemasan) mana mungkin aku hendak keluar menunggu bas berejam-jam semata2 mencari baju kuning dong..........kecualilah jika aku sendiri yang memandu bas itu.




lebih baik aku duduk di rumah membuat kerja sekolah ya x?




Baiklah kwn2....saya tidak mahu membebankan anda dengan masalah kecemasan saya...saya akan cuba menyelesaikannya ..


BERTABAHLAH
BERUSAHALAH
BERGIGIHLAH
BERDOALAH



Supaya mendapat apa yang dihajati.....



Dan aku....





DARI MERAH JAMBU!!!!!!!!!!!


BERTUKAR LAH !!!!!!!!!!


KEPADA POWER RANGERS KUNING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!








baik2 saya nak sambung buat kerja...

babai

Just one more dear!!!!!!

Assalamualaikum

Jangan ingat kamu boleh bersenang lenang selepas final exam. ..(pesanan kepada diri sendiri)


Kamu masih ada lagi satu perkara yang belum selesai...so, simpan dulu agenda2 yang ingin kamu lakukan..


(monolog dalaman)



Kawan-kawan...saya minta jasa baik kalian mendoakan saya...supaya dapat lulus dengan jayanya untuk final semester ini.,,serta dapat menyiapkan thesis yang satu itu dengan cepat dan berkualiti.


Oh ya masa seperti mencemburui kita sekarang ini. Saya mahu undur diri.


Sebelum itu terimalah serangkap pantun dari saya...


Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas...



Wassalam

Sunday, April 24, 2011

Alhamdulillah...




Assalamualaikum semua...


Hari ini saya agak kesibukan kerana dari semalam menyiapkan kerja sekolah. Okey...selama menyiapkannya ada juga diselitkan dengan aktiviti membuat air nescafe, memasak nasi goreng untuk sarapan, membasuh baju a.k.a menyidai baju, menonton berita terkini hiburan sensasi... dan di selang-selikan dengan gurau senda serta gelak ketawa bersama kawan-kawan serumah. (manalah kerja hendak siap cepat banyak betul iklan die nih)

Tepat jam 1825 p.m kerja itu siap 99.9 % (sebab belum bawak pegi print lagi...kena gigihkan diri sebentar lagi) printer ink xde sudah habis.

Sementara merehatkan diri....saya datang sini jumpa kawan-kawan blogger saya nih. eceh....:-)

Ok la..terasa ingin melihat rancangan Mentor malam ini. ..(padahal ada lagi 2 assgment menunggu sambil tersenyum2 padaku)ok2.....


Sekarang saya minat tengok org pakai tudung tapi ada cekak atau ade benda2 kat kepala. (tetibe)


Contohnya begini

Ini bukan saya. Tapi rasanya ia terlampau berkilat bukan? mungkin saya perlu cari corak yang kecil2 sedikit. ehhh nak pakai jugak aku ini dalam hati ada taman rama2.....hehehe...mungkin ia sesuai dipakai di majlis2 tertentu contohnya majlis makan malam bertemakan fairy tales...
Tapi tema dinner nanti adalah warna iaitu hitam dan pink bukan fairy tales. (nanges)



Baiklah..nak cari idea lagi...agak-agak pakai tiara melampau x? heheheheheheh (ada hati jugak)


Nanti lah saya story apa yang akan dipakai di malam gala eh malam dinner nanti.



Babai semua...

Friday, April 22, 2011

PERKATAAN BODOH tidak patut terkeluar daripada mulut orang yang beretika tapi kadang2 ia terkeluar juga mengapakah??

Assalamualaikum..



Pernahkan kamu2 semua mengalami situasi dimana org mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu...?? Bersabarkah kamu? Atau adakah kamu akan mengambil tindakan yang sewajarnya? Atau buat2 biasa sahaja seperti tiada apa yang berlaku?


Jika pernah apakah perasaan kamu dan apakah yang akan kamu lakukan? Adakah seperti di bawah atau ada benda lain yang anda lakukan?

a) Marah die
b) Nasihat die baik-baik dan beretika
3) Pandang die lame-sampai die lari
4)Saman die
5) Maafkan die
6) Lupekan die..eh
7)Pegi rumah die malam 2 takutkan die dan kamu meyamar jadi hantu
8) Berdoa kepada Allah supaya die sedar kesilapan die
9) Salahkan diri sendiri sebab bagi org amek kesempatan
10) Ambil kesempatan kat die balik
11) Hantuk kepala kamu kat kepala die lawan kepala sape lagi keras macam batu
12) Sabar sahaja



Tapi setiap manusia ada had kesabaran bukan?



Tidak mengapalah....


yang pasti aku x nak ckp perkataan bodoh. Sebab teringat kalo sebut "bodoh" mase kecik2 dulu mak aku tonyoh cili padi kat mulut".

Nasib baik lah begitu jika tidak habislah budak itu.


Ok. Nak amek wuduk. Moga-moga syaitan x hasut aku lagi. Babai

Wednesday, April 20, 2011

Entry yang menunjukkan kasih sayang seseorang yang tetiba menjdi jiwang karat di pagi yang indah

Assalamualaikum....


Ya...saya sayang kamu...

Ya....walau apapun yang terjadi...saya tetap sayangkan kamu...

Mungkin kamu rasa saya kadang2 tidak pedulikan kamu....saya minta maaf...

Kerana kadang2 saya tidak pandai untuk menunjukkan nya di hadapan kamu...

Tapi kamu jangan pernah terfikir bahawa saya tidak sayangkan kamu...

Kerana apa saya sayangkan kamu?

Hanya Allah sahaja yang tahu...dan mungkin juga kamu tahu.....kerana apa...

Dan jangnlah kamu sesekali merasa ragu-ragu akan hal itu....

Tapi jangan pernah lupa juga bahawasanya Allah itu Maha berkuasa merubah hati manusia..

Jadi tugas kitalah sebagai hambanya....memohon doa dan hidayahNya...

Supaya kita tetap bersatu hati....hingga ke akhirnya.......

Semoga kita tidak berubah....

dan semoga sayang itu bertambah....hari demi hari.....



Amin.........................

Saturday, April 16, 2011

Entry ketika tidak dapat tidur malam

Assalamualaikum semua..


Ini adalah entry sembang kedai kopi. Menjengah. Menulis. Harini byk perkara terkejut2..tertinggal2.

Bercakap pasal tertinggal..minggu ini aku sahaja ada beberapa item / barang aku yang selalu tertinggal. Salah siapa? Tentulah ak salahkan diri sendiri. Jangan risau ak x kan salahkan kamu. eh...

Ya...sebagai pengajaran..aku akan menyediakan listing barang setiap kali keluar dan ingin pulang ke rumah.

Mungkin ia kedengaran agak lucu atau janggal tapi ini adalah kebenaran. Nak dikatakan tua sgt belum lagi sampai terlupa2 tetapi mungkin :kecuaian: adalah punca utama.


Barang yang selalu tertinggal;

1. Payung
2.Handphone
3. Dompet
4. IC
5.Air mineral
6.Bedak muka
7.Celak


Jadi...selepas ini...to make sure all the items tidak tertinggal bagai...i think that it is very important to make a listing as suggestion from my friends....


emmmmmmmmmmm

Babai

Friday, April 15, 2011

Tajuk hari ini adalah intai-intai blog x sedar sok final exam lagi ....diam.

Assalamualikum ...


hei2........hai2..................ui2.............pang!! kene pipi aku sendiri



Eh rindu sungguh pada kamu blog. Kamu sungguh setia. Ada sahaja ketika aku ingin berbicara. Diam.


Ni baru balik exam tadi...makanya fikiranku sedikit puyeng dan pening....nak tulis2 tapi x tau nak tulis ape..

Cuma nak ucap rasa syukur kerana paper tadi bolehlah...bermaksud bolehlah aku menggoreng2 jawapannya setelah mengingati point2 penting. (merapu sahaja puyeng)


Ok..tiba2 diri tersedar masa mendengki eh mencemburui kita. Nak pergi bersiap untuk study sambil melihat televisyen. Maklumlah..banyak berita menarik sejak akhir2 ini...

Esok exam lagi ape aku nak jawab esok jika asyik leka menulis di sini kan tapi aku akan datang sini lagi. Mungkin esok atau lusa jika ada umur....kita jumpa lagi...jika tidak maknanya aku sudah di alam lain makanya sedekahkanlah al-Fatihah.


Wassalam.......

Thursday, April 14, 2011

VIVA sudah settle...mari belajar untuk memfocuskan diri untuk final exam...Sabtu dan Ahad ini...







Assalamualaikum..........


Hai, hei, phewwwwwittttt....


Senyum lah2 ahai cek mek molek....yes. Harini sedikit sibuk. Eh sebenarnya lebih kurang 18 hari kebelakangan ini agak sibuk...(boleh dikatakanlah) Sudah 18 hari waktu tidur sedikit terjejas...that's mean waktu tidur yang tdak sampai 10 jam...eh 8 jam. Purata waktu tidur sejak 18 hari ini lebih kurang 4 jam setengah sehari. Kadang-kadang tidak tidur malam..(tapi siang aku akan tidur bak sleeping beauty....pang pelempangzzzz diri sendiri)

Okeh nak dipendekkan cerita..harini hari paling bermakna sepanjang sem ini. Present IS for my thesis. Yes it called VIVA...not kereta viva...and xde kaitan dengan Datin Viviana..eh


Supervisor sungguh sporting.....kami present dgn jayanya tadi (walaupun ak present seperti tidak bernoktah cepat macm kene kejar hantu sebab kesuntukan masa...nanges)

By the way...it can be concluded that today is the best day!! Superb!! Alhamdulillah...Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dan rakan2 seperjuanganku....(dengan tiba2 buat senaman yoga)


Ni ade sedikit ole2 buat tatapan umum...



Sesi penyerahan cenderahati ....eceh



Lihat...betapa sempoinya supervisor kami..Dr. Sazili Shahibi itu. Beliau memang sporting tetapi tegas...sila jgn main-main


Wajah-wajah anak merdeka...hik2...

Okey...thank sebab sudi membaca entry ini kerana diriku dan dirimu begitu berharga.

Sunday, April 10, 2011

Yes esok hari Isnin yang amat best!!

lalalallalallala.....


Pok3.......bujang lapuk..........ada mancis x ada rokok..


(sila sambung nyanyian itu sendiri)

Assalamualaikum...

Entry ini bertujuan untuk memberitahu perkembangan terbaru saya....(bajet ala-ala lisa surihani)


Sebentar lagi saya akan menyambung membuat slide show untuk presentation thesis saya untuk semester ini jadi tuan2 dan puan2 sekalian bolehlah undi saya..ehh

Puan-puan dan tuan-tuan juga bolehlah mendoakan saya...(terima kasih) supaya semasa presentation pada 14.4.2011(Khamis ) nanti supaya berjalan lancar...supaya saya tidak tercakap bahasa Tamil atau Jawa atau Banjar(walaupun bahasa Banjar bahasa saya di rumah)

Okey semua...saya mahu undur diri jika ada masa nanti bolehlah kita berjumpa lagi. Selamat malam.

Wednesday, April 06, 2011

Black and White (*_*)

Assalamualaikum...


Nak tau x?



Hari ini hari Rabu kan? (xkan hari Sabtu) So hari ini ade sesi pengambaran kelas. Yelah...dah akhir2 ni biase lah. Dah nak berpisah. Sesi mengambil gambar kelas adalah satu kemestian.

Buat tatapan untuk hari tua.....(InsyaAllah).

Ini ole2 untuk tatapan kwan2 semua...gambar yang diambil tadi...Ada kelibat saya di situ. Oh ya...terima kasih menjadi pembaca blog saya yang x seberapa ini...(tetiba nanges terharu)





Saya dan Wani the sweet gurlz

Tengah tunggu kwn yang tak sampai lagi kat library...menyempat....


Sama gambar seperti di atas. Apa motif letak dua kali?

Sesi tangkap gambar sorang2. Mata pejam..(marah diri sendiri)


Tengok atas sampai tegeliat gulu. ehh leher. Gaya nak comel x sedar diri sudah agak faktor berusia. Tidak mengapalah. Tidak salah bukan?(ayat penyedap hati)

Tukar lokasi


Di hadapan perpustakaan pula. Itu saja lokasi yang agak menarik di sini. Tiada pula berjumpa taman atau lanskap2 berbentuk arnab atau apa-apa yang menarik.(nanges lagi)


Jurugambar menyuruh kami lompat setinggi yang boleh. Lihat. Saya tidak mampu melompat lebih tinggi lagi. Tapi itu sudah kira kejayaan kerana mampu juga berada di awangan walau hanya satu saat sahaja.


Ok.. Babai.........

Tuesday, April 05, 2011

hari2 sibuk bile hari x sibuk?

Salam...

Lama sungguh tidak menulis kat sini...kire2 sepurnama lalu rasanya.... Pejam celik pejam celik dah bulan 4. Pejam celik pejam celik diriku terasa tua. Ehhh..kamu sila jgn ketawa.



Rasa baru semalam bulan satu. Mengapakah hari ini sudah bulan 4? Oh masa berlalu tidak menunggu kita. Kita manusia yang selalu leka dan alpa.......(nak jugak libatkan org lain kan) Pang sekali kang....eh marah pula(*_*)

Sekarang sibuk sahaja.

Bukan apa..kerja sekolah byk lagi. Nanti jika ada cerita menarik akanku coretkan disini. Tapi hari ini mungkin tiada. Kamu sabar sahaja ya. Akan ada ole2 dari saya nanti. Ehh apa kaitan merapu sahaja.


Ok mungkin esok masih ada. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita.


Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam, dan semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.


Bukan ape..."awok nerbes........" luse ade presentation. Doakan saya yang lemah ini semoga mendapat kekuatan.


Usop Wilcha tu lawak kan?? Awok bukan ape...bateri tinggal satu bar ajer.......


(masih terbawak2 kekelakaran Usop Wilcha)



P/s: Minta maaf jika isi entry ini tidak konsisten dan tidak ada pendahuluan, isi dan penutup yang kuat.


Babai ...